Saturday, August 27, 2011

What's the point of having a life if you waste it ?


Hidup itu untuk akhirat.
Living here for the hereafter.
Permulaan yang berpaksikan pengakhiran takkan bawa kepada kesesatan.

Mati itu pasti. Aku tahu
Waktu sampai ajal tiada toleransi. Aku tahu
Ajal tak kenal usia di bumi. Aku tahu
Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti akan datang tanpa kompromi. Aku tahu
Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji. Aku tahu
Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak, atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi. Aku tahu

Allah telah pastikan di lohmafuz, untuk dituliskan bahawa ajal _______ adalah pada ______. Telah dituliskan takdirnya yang hayatnya hanya selama ______ tahun. Telah dituliskan di takdirnya yang nyawanya meninggalkan jasad setelah _________

Kalau Aina cakap ,
Andainya kau suruh aku jawab soalan yang terakhir tu, aku nak dituliskan takdirku yang nyawa aku meninggalkan jasad setelah bermaafan dengan kaum keluarga dan pulang kepada Dia setelah mula kenal Dia tu siapa dengan erti kata kenal sebenar-benarnya.

Aku nk yang sama macam dia , tp satu aku nak tambah .. Seeloknya biarlah aku dapat kahwin dulu . Kay tidak *gurau .

Now , I Thank Allah . For giving me another chance to breath , to change , to live and for everything that I had now . Alhamdulillah .



P/s: Bagaimana pula dengan kau ?

Copied from : Aina Mimi's blog

Sunday, August 21, 2011

Contengan Jalanan


Roh Ramadhan dah tak terasa lagi sebenarnya. Kat Malaysia sekarang, Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya.

Ramadhan tu bukan diertikan oleh tak makan. Bukannya diertikan dengan bazar Ramadhan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu laa yang dah jadi definisi Ramadhan kat Malaysia.

Tengok kat KL, tu pun cukup laa. Waktu berbuka puasa, segala tempat makan yang ada mesti penuh. Tak kira laa gerai ke, restoran ke, kedai mamak ke, hotel ke apa. Dan akan terus penuh sampai laa nak masuk waktu isyak. Dan orang di sini tak surut-surut jugak sampai waktu moreh pulak. Magribnya ke mana, isyaknya ke mana, terawihnya ke mana ? Entah. Ada makna ke berlapar seharian tapi benda paling asas tak buat ?


Puasa ni, bukan hanya untuk tahan lapar dahaga di perut je. Puasa itu untuk bersihkan roh.
Kalau kita tengok apa yang orang kita faham, banyak benda dah bercampur. Contohnya kalau buat sambutan berbuka puasa. Memang laa bagus nak meraikan buka puasa tu. Tapi cara nak meraikan tu kena laa appropiate jugak. Yang kita tengok kebanyakan orang buat sambutan buka puasa ni campur je lelaki dan perempuan dah gaya orang buat catching up kat mapley pun ada. Pergaulan tak jaga, layan dengan sembang-sembang kosong. Patutnya boleh buat pahala tapi dah tak jadi makna apa laa kalau macam tu gayanya.

Bagi aku, Ramadhan tu purification. Penyucian. Kira penyucian by all the means and word.

- Hlovate

P/s: Thank you Hlovate, for reminding me. Aku hampir tersasar jauh. Aku tak pernah sedar semua ni. Now i know. Thank you again .

Copied from Aina's blog , thanks Aina for this post . Sorry copy w/o permission . But , I love the words . Hlovate , you're totally superb .

Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan . Malangnya aku dh terlambat , Ramadhan dah nk habis . InsyaAllah hari2 terakhir Ramadhan ni aku cuba .. perbaiki diri .